Monday, August 4, 2014

Kenapa semua sibuk sangat pasal Mario Ballotelli ? - Rodgers



Liverpool telah membeli Rickie Lambert, Emre Can, Adam Lallana, Lazar Markovic, Divock Origi dan Dejan Lovren, dan Brendan Rodgers mengesahkan akan ada lagi pemain baru akan menyertai kem Liverpool.

Bercakap pada persidangan akhbar menentang Manchester United (blerghh) di Stadium Miami Sun Life, Rodgers telah diminta oleh wartawan untuk menjawab soalan mengenai perpindahan pemain dan pemain sasaran yang akan dibawa masuk ke Liverpool.

Beliau menjawab: "Tiada pemain yang dikaitkan bersama Liverpool lagi buat masa ini. Kami akan cuba mendapatkan khidmat untuk mengisi lopak kosong untuk mengukuhkan pasukan, tetapi tiada nama yang pasti lagi..haritu orang sibuk kata Reus-reus, saya taknak komen.. shhh"

Enam pemain telah menyertai Liverpool setakat ini, tiga pemain dari Southampton iaitu Lambert, Lallana dan yang paling baru adalah Dejan Lovren.

Rodgers merasakan kesefahaman di antara ketiga-tiga pemain ini akan membantu Liverpool menyelesaikan masalah mereka dengan cepat dan tidak menolak kemungkinan mereka akan mempunyai masalah kecil di Anfield.

"Saya rasa kelebihan mengambil mereka adalah kerana mereka tahu cara permainan kami, mereka pun hebat-hebat belaka" jelas Rodgers. "Semua pemain yang kita beli dibawa masuk kerana profil mereka yang baik sebelum ini, si Shaw tu paling jahanam dalam Southampton so saya tak berminat".

"Southampton bermain dalam cara yang benar-benar agresif dan pemain ini akan menyesuaikan diri lebih cepat.

"Saya fikir jika anda mempunyai tiga pemain yang datang dari kelab yang sama, sudah tentu ia sentiasa membantu pada hari pertama berjalan menuju ke bilik persalinan. Mereka pasti akan dihormati kerana mereka pemain yang baik, dan itulah sebabnya mereka berada di Liverpool. harap-harap mereka boleh tunjukkan yang mereka lebih baik bila berada di sini. "

Sementara itu, Rodgers maklum dengan khabar angin yang mengaitkan Liverpool dengan perpindahan Mario Balotelli.

Pengurus telah diminta untuk mengulas mengenai penyerang AC Milan itu dalam sidang akhbar menjelang perlawanan dengan kelab gergasi Itali di Charlotte awal minggu ini.

Rodgers berkata: "Saya harap ini adalah sidang akhbar terakhir saya ditanya tentang soalan mengenai Mario Balotelli dan saya cuma bercakap tentang bakat mamat botak ini saja dan dia pemain yang sangat baik tapi hari berikutnya semua tulis dalam surat khabar macam tak ingat dunia, ha... macam kami dah menandatangani pemain botak rambut putih ni, tapi saya tak terkejut pun.

"Saya nak bagitau anda, Mario Balotelli tak akan berada di Liverpool.. Sekian".

"Dia seorang pemain yang bagus, saya hanya memberikan persepsi saya kepadanya sebagai seorang pemain, jadi saya rasa takkan saya bercakap macam tu je semua ingat saya terhegeh-hegeh nak sign si Balotelli ni"

No comments:

Post a Comment