Saturday, January 8, 2011

Siapa King Kenny ?



Kenny Dalglish bukanlah nama asing untuk peminat Liverpool seantero dunia. Beliau antara pemain yang mengejutkan penyokong Liverpool dengan kejayaan beliau semasa beliau menjadi pemain Livepool dan semasa menjadi pengurus Liverpool.

Kenny Dalglish berasal dari Scotland, sebelum menyertai Liverpool pada tahun 1977 beliau telah bermain untuk kelab Celtic. Bayaran perpindahan dari Celtic ke Liverpool yang bernilai £440,000 pada masa itu adalah bayaran tertinggi dan menjadi rekod Britain pada masa itu. Kenny Dalglish dibawa masuk oleh Bob Paisley pengurus Liverpool untuk menggantikan Kevin Keegan. Kenny Dalglish telah menjaringkan gol pada kali pertama penampilan beliau semasa menentang Manchester United.

Disepanjang kareer beliau bersama Liverpool, Kenny Dalglish telah memenangi kejuaraan liga sebanyak 6 kali, FA cup 1 kali, League cup 4 kali, Charity Shield 5 kali, European Cup (Champions League) 3 kali, European Cup 1 kali. Kenny Dalglis bukan sekadar berjaya semasa beliau menjadi pemain bahkan beliau juga berjaya semasa menjadi pengurus Liverpool (1986-1991) dengan menjuarai liga sebanyak 3 kali, FA cup 2 kali dan Charity Shield 4 kali.

Kenny Dalglish masih mengendalikan Liverpool semasa Tragedi Hillsborough berlaku pada 15 April 1989, tragedi tersebut telah mengorbankan 96 nyawa. Buat pengetahuan semua, Kenny Dalglish telah menjadi mpengurus dan pemain dalam masa yang sama. Beliau telah bermain dari tahun 1977-1990 dan menjadi pengurus dari tahun 1985-1991.

Sebab tu kami panggil beliau "King Kenny"..

"Kenny had unbelievable vision and strength as a player. He was really aware of people around him. He had great balance and was a good finisher, courageous too. People often forget that the one quality great players need is courage. Kenny is as brave as a lion. He would take a kick from anyone and come back for more. Kenny is a man I shall always respect."

Alex Ferguson