Tuesday, June 28, 2011

Saya nak pergi sarapan..tata - Aquilani


Sekitar hari pertama sesi latihan kat Melwood.. pemain-pemain Liverpool nampaknya hadir dengan wajah ceria masing-masing.. ada juga pemain yang memperagakan gaya rambut baru. Kami sempat berpenat lelah menemuramah pemain-pemain yang hadir hari ini. Ikuti temuramah kami bersama pemain;

Saya berasa sangat berbangga hari ni kerana dapat hadir di Melwood dan meluangkan masa bersama pemain-pemain Liverpool. Apa khabar abang-abang semua?
(Semua pemain menjawab serentak) Erm.. kami khabar baik sangat, terima kasih abang reporter kerana bertanya..

Saya tertarik dengan gaya rambut baru abang Agger yang nampak ganas. Apa yang buat abang tukar style rambut?
Abang baru potong rambut abang ni, tapi arini rambut abang mcm penyek sikit.. sepatutnya abang pakai gel rambut so rambut abang nampak penuh bertenaga. Takde sape pun yang suruh abang tukar style rambut abang ni, abang mimpi aritu.. erm.. abang mimpi dengan rambut baru abang ni.. kalau dihunus rapi boleh menyodok perut torres, sebab tu abang ikut kata hati, abang nak hunus perut torres dengan rambut baru abang.

Ok, sekarang giliran abang Carroll pulak, nampaknya abang dah berjambang lebat.. kenapa dengan abang? macam ada masalah.. taknak kongsi bersama kami?
Huh?? Ape masalah pulak ko ni.. aku ceria je arini.. jambang aku ni saje je aku bela panjang.. senang nak garuk lengan.. kadang-kadang lengan aku gatal so lepas ni kalau aku nak garuk aku just gonyoh-gonyoh je la lengan aku kat jambang aku ni.. Ko jangan nak memandai-mandai cakap aku ada masalah.. amboi amboi amboii.. dah macam pakar motivasi pulak ko ek..

Maaf bang, tapi saya suka jambang abang tu..
Haa.. kalau suka takpe.. dah la. aku nak pi sarapan.. tata

Ok.. abang Carroll dah pegi sarapan, sekarang ni siapa nak kene interview??
Saya saya.. saya nak..

Eh... abang Aquilani.. dah lama ke sampai? so.. macam mana arini? seronok dapat balik Liverpool?
Hai.. saya seronok sangat... dapat bersenam bersama rakan-rakan.. berlari bersama.. menyepak bersama.. menanduk bersama, main langgar-langgar dengan Kyrgiakos bersama..

So, apa target abang aquilani lepas ni?
Saya target nak menang trophy.. saya dahagakan kemenangan.. eh.. ok la wei.. ko pi tanye budak lain la.. abang Carragher dengan abg Carroll dah panggil aku pi sarapan tu.. tata..

Ok semua.. last question.. dah sedia nak ke Malaysia?
Kami bersedia.. kami nak kenal dengan harimau malaya..tak sabar nak jumpa peminat-peminat kat Malaysia.