Monday, February 21, 2011

Huruf S untuk Suarez dan Superman.


"Saya tak sama dengan Torres".. itulah ayat yang terkeluar dari mulut penyerang baru Liverpool iaitu Suarez bila ditanya apakah persamaan beliau dengan Torres. "Saya respek Torres.. tapi kami tak sama.. rambut die blonde.. rambut saya itam.. itam itu keunggulan". Suarez yang ditemui selepas sesi bertemu penyokong-penyokong Ajax sebagai ucapan selamat tinggal amat berharap perpindahan beliau ke Liverpool akan membawa satu anjakan baru untuk beliau. "Nama saya dah cukup menggambarkan yang saya tak sama dengan Torres, huruf S adalah sesuatu yang special.. Superman, Suparman, Spiderman, Batmans, Sumo-lah.. semua ada huruf S". Tambah beliau lagi "Hanya sang hero mempunyai nama berhuruf S, lihat je Meireles, Dalglish, Gerrards.. semua ada huruf S.. Torre mana ada huruf S.. Saya dapat tahu nama die sebenarnye Fernando Torre.. die tambah huruf S untuk nampak hero macam saya dan hero-hero lain".

Sementara itu, Suarez yang pastinya sebak semasa kehadirannya dihadapan penyokong-penyokong Ajax amat berharap penyokong Ajax merelakan pemergiannya ke Liverpool. Penyokong Ajax menyambut baik pemergiannya ke Liverpool dan kain rentang dari penyokong-penyokong Ajax sendiri menunjukkan yang mereka sangat sayangkan Suarez. "Saya tak akan kutuk kelab yang saya pernah main, Ajax sebuah kelab yang saya sayang". Ditanya lagi samada kehadiran beliau ke Liverpool akan membawa Liverpool ke mercu kejayaan, beliau menjawab "Mercu kejayaan?? Dah macam slogan sekolah la pulak ko ni.. Saya akan bantu apa yang patut, pasukan Liverpool semakin baik dan kami telah kembali ke Liverpool sebenar". "Saya tak sabar nak main dengan Carroll, saya tak pernah main dengan orang tinggi-tinggi macam dia.. saya tengok dia macam Barbarian.. kalau die bleh bawak kapak dengan pedang masuk dalam padang mesti lagi nampak gagah.. Saya harap ketinggian Carroll nanti dapat buat pemain pertahanan lawan tak nampak saya yang kecik ni.. so saya bleh nyorok-nyorok dan dapat jaringkan gol"

Yeaah.. Dalglish percaya kat saya - Joe Cole


Bekas bintang Chelsea baru-baru ini telah diberi peluang oleh pengurus pasukan Liverpool untuk beraksi dalam perlawanan menentang Sparta Prague. Perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 itu agak hambar untuk disaksikan di Malaysia kerana jam 4 pagi adalah waktu terbaik untuk mengantuk dan tido. Walaupun perlawanan cuma berkesudahan seri, namun permainan ditunjukkan oleh pasukan Liverpool boleh tahan bagus. Permainan yang boleh dikatakan didominasi Liverpool walaupun buntu untuk mendapatkan jaringan. Joe Cole yang muncul pada separuh masa kedua perlawanan tampak begitu asyik menggelecek bola sehinggakan beliau tidak sedar kamera, penonton dan rakan-rakan sepasukan ada di sekelilingnya.

Permainan Joe Cole pada malam itu sangat baik dan Kenny Dalglish segera menterjemahkan pemain itu sebagai satu aset untuk Liverpool. "Beliau adalah pemain yang bagus, saya yakin beliau akan menemui sentuhan dan membantu Liverpool kelak". Kami berkesempatan menemubual Joe Cole setelah selesai perlawanan tersebut.

Bagaimana rasanya dapat bermain pada malam yang sejuk ni?

Menggeletar kaki saya tahan sejuk.. haha.. saya seronok dapat main malam ni. Terima Kasih banyak-banyak pada abang Dalglish sebab bagi saya peluang bermain. Awak nampak saya main tadi? hebat kan saya?

Awak rasa selepas ni awak takkan cedera lagi?

Saya cuba untuk taknak cedera, sebab tu saya buat-buat cedera.. kadang-kadang luka sikit je tapi saya buat-buat macam cedera parah. Tapi saya janji, lepas ni saya main betul-betul. Bini saya kat rumah tu pun dah bising dah sebab saya dah lama tak main. Dia kata kalau saya tak main lagi lepas ni, dia nak kawin lari dengan maxi rodriguez.

Awak kecewa dengan prestasi awak musim ni?

Eh.. takdela.. saya rasa macam biasa je.. biasala.. kalau dah cedera... nak main macam mana kan? tapi saya seronok sangat bila Dalglish jadi pengurus. Tiap-tiap malam saya doa supaya saya dapat main dalam kesebelasan utama.

Apa matlamat awak selepas ni?

Ape la ko ni.. soalan lebih kurang je.. matlamat aku mesti la nak menang.. ko bleh tak tanye soalan interesting sikit.. aritu kat Torres bukan main lagi macam-macam soalan ko tanye.. abis reporter animal planet pun datang..

Abang Joe.. abang panggil saya ek? Saya reporter dari animal planet.. nak tanya soalan.. Dalam team M.U, sape yang abang rasa ade rupa katak pisang?

Kalau ditengok dari sudut pandang pertama.. abang rasa.. NANI ade rupa katak pisang..

Friday, February 11, 2011

Torres dimalukan budak perempuan..


Baru-baru ni.. salah seorang director dari kelab Barcelona Raul Sanllehi mengkritik cara Chelsea yang meleburkan £50million untuk Torres yang semestinya mencetuskan kemarahan ibarat singa betina kepada penyokong dan pemilik Chelsea. "Ya, harganya terlebih tinggi.." kata Sanllehi.. "Saya tahu Barcelona takkan bayar setinggi ni, jangan kan kata nak bayar.. pandang pun taknak" tambah beliau lagi dengan muka separa serius.. "Terkejut mak tengok harga tinggi-tinggi macam tu.. tinggi sangat sampaikan tak sanggup mak nak terima berita-berita macam ni, baik aku beli mesi rumput je dari beli si torres tu..".

Raul Sanllehi berkata yang beliau lebih sanggup membeli unta dan keropok lekor dan melabur dalam ASB dengan duit setinggi tu. "Alangkah bodohnya Chelsea membeli Torres dengan harga setinggi tu dan kemudian kalah pulak dengan Liverpool". Diulas berkenaan perlawanan Chelsea menentang Liverpool, Raul Sanllehi berkata "Saya tengok Torres main sama macam mulut dia.. sampah.. mulut torres sama dengan torres sama dengan sampah".."Cakap nak macam star tapi main dah macam Honeystar cereal meal".

Sementara itu, Torres yang sekarang mewakili Chelsea telah ditanya oleh wartawan berkenaan kritikan
Raul Sanllehi tu. "Saya tak kenal la mamat Raul Sanllehi, nama pun susah nak sebut.. saya nak sebut nama Ancelotty pun tak reti lagi ni.. tapi apa-apapun, mamat Sanlehhy ni boleh pergi mampus la.. overpriced ape pulak.. saya main aritu ok ape.. ade gelecek.. ade passing..".

Sesi temubual bersama Torres pada hari tersebut turut mencetuskan kejutan apabila tiba-tiba seorang budak perempuan tiba-tiba datang ke arah Torres sambil melompat dan bertanya "Abang, tolong tunjukkan di mana donut castle.." .Torres dengan egonya menunjukkan ke arah barat daya dimana beliau sedang berdiri dan pemain-pemain Chelsea yang lain terus menjawab "Di sana Dora.. di sana Dora..". Budak perempuan yang dipercayai bernama Dora itu terus meninggalkan tempat kejadian dan sehingga sekarang masih tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. Jurukamera kami berjaya merakam saat tersebut.

Thursday, February 10, 2011

Saya respect Liverpool sangat-sangat - Agger


Daniel Agger adalah seorang pemain pertahanan Liverpool kelahiran Denmark. Beliau yang meningkat popularitinya akhir-akhir ni akibat sikuannya terhadap batang hidung torres telah di dinterview oleh seorang reporter dan interview ini memang interview yang benar-benar berlaku dan memang takdepun reporter dari animal planet menyibuk dalam interview ni. Agger yang nampak semacam tidak senang dengan pemergian torres telah mendedahkan perkara berikut di dalam interview beliau.

Ura-ura mengatakan yang Encik Dan akan berhijrah ke kelab lain. Apa komen Encik sendiri?

Saya takkan pergi ke Manchester United atau Everton. Ianya tentang betapa kita respect kepada kelab yang kita dah main. Saya begitu bangga dapat menyarung jersi Liverpool dan saya takkan berhijrah ke kelab England lain.

Berkenaan Torres, adakah Encik rasa ianya sesuatu yang mengkhianati?

Memang susah nak terima bermain dengan salah satu musuh Liverpool, bagi saya ianya tentang respect kita kepada kelab yang kita pernah main.

Adakah tindakan awak menyiku Torres aritu tanda awak marah pada beliau.

Tidak, saya tak sengaja.. saya ingat idung die bawah lagi.. rupe-rupenye telah tepat kena idung dia.. ha.. padan la muka..

Encik Dan, saya wartawan dari National Geographic, saya nak tanya.. interview harini nampak macam serius.. adakah ianya betul-betul serius atau sebaliknya?

Awak pernah tengok kartun wonderpets? saya dan kartun tu mengamalkan kendiri yang sama.. Ya, ianya serius.. uhuk uhuk..

Wednesday, February 9, 2011

Saya dah join twitter - Kuyt


Penyokong Liverpool dengan twitter memang tak pernah lekang, kajian mendapati penyokong Liverpool paling banyak menggunakan twitter berbanding kelab-kelab bola sepak lain. Kat situ jugaklah penyokong Liverpool bergosip tentang artis-artis.. fasha sandha beli helikopter la.. bateri helikopter fasha sandha rosak la.. laki fasha sandha larik bawak kereta kebal la.. semua pun nak twitter..Bukan saja penyokong malahan bini owner Liverpool sendiri ada twitter, jangan kata bini, owner sendiri pun ada twitter.

Terbaru Dirk Kuyt didapati telah mendaftarkan dirinya di twitter sekaligus menjadikan pemain itu lebih top dari fasha sandha dan reporter animal planet. Kami telah bertemu dengan Dirk Kuyt atau nama timangannya 'Kiut sangat' telah ditemuramah tentang pengesahannya yang dia telah mendaftar di Twitter.

Hi abang Kiut, sejak bila abang tau pasal twitter?

Abang baru tau aritu, sejak semua orang sibuk-sibuk suruh baca kat twitter pasal torres kene maki hamun. Abang pegi la daftar senyap-senyap.. abang tak reti sangat la guna twitter ni. Lain macam rasanya..

Abang rasa bila abang akan luangkan masa bertwitter?

Kalau ada masa lapang lepas-lepas minum kopi petang abang ambik la sikit masa, masa training pun bolehh.. tapi kalau king kenny nampak, abang sorok la telipon dalam seluar track abang.. nanati abang ingat nak suruh bini abang buat satu poket rahsia la.. senang sikit..

Abang tau tak sapa lagi pemain Liverpool yang ade twitter?

Rasa2 abang aritu Glen Johnson ade.. bekas pemain liverpool si babel tu pun ada.. haa.. yang abang paling malu tu, si John W. Henry pun adaa ngkoo.. abang siap tag dia "@John_W_Henry woii.. ko kenal aku tak? bile nak naikkan gaji aku??" .. abang ingatkan bukan twitter diaa.. aduii..

Siapa lagi yang abang penah tag selain John W.Henry?

Erm... abang ade jugak twit bini dia.. feewwwitt.. meletop la bini die tu.. tapi jangan bgtau sapa-sapa tau.. abang test-test je aritu.. sekali kene marah dengan bini die..

Soalan terakhir.. abang tau tak twitter tu ape? sibuk sangat nak join..

Eh.. abg tau la.. twitter tu macam pesbook la.. main tegur2 orang.. kalau orang cakap hai.. kite balas la hai.. kalau orang tu cakap tata kite cakap la tata balik.. ko ni kenapa? ko ingat twitter tu macam gelanggang takraw ke? haa.. ni satu lagi.. sape yang nak add abang bleh add @Dirk_18_Kuyt

Monday, February 7, 2011

Chelsea terperangkap, malu saya - Torres


Perlawanan menentang chelsea semalam memang sau perlawanan penting untuk chelsea dan liverpool, bagi torres. perlawanan semalam ibarat macam anak angkat nak kenal keluarga baru.Kenny Dalglish antara yang begitu gembira dengan keputusan semalam, mana tidaknya.. sepanjang pengendalian bawah beliau.. Liverpool memang berprestasi baik.. Ramai yang tau, perlawanan semalam berkesudahan, Liverpool menang 1-0.

Setelah perlawanan semalam, reporter sekali lagi menyerbu pemain dan manager untuk mintak komen. Antara yang diserbu ialah Kenny Dalglish dan Torres.

Temubual bersama Kenny Dalglish.

Encik Dalglish, perlawanan harini ibarat sesi balas dendam terhadap torres, adakah sifat tu yang membuatkan liverpool menang?

Erm.. saya tak rasa macam tu, saya tak tanamkan sifat balas dendam dalam team saya. Saya suka tanamkan sifat-sifat amanah, tolak ansur, tolong menolong sesama jiran dan sifat2 postif lain. Torres saya tak heran sangat pun, dia main pun ntah ape2 je arini.. lembik macam pondan je saya tengok.

So.. Encik Dalglish, saya tengok formasi malam ni memang lain macam.. pemain pertahanan bukan main ramai. Kenapa cuba formasi macam ni?

Saya nak seimbangkan permainan, diorang main striker 3 orang.. saya letak la pemain pertahanan ramai-ramai.. takkan sy nak letak dua orang je.. tapi sebenarnya saya nak suruh pemain pertahanan saya patahkan kaki torres, awk jgn bgtau sape2 tau.. ni rahsia..

Ok Encik Dalglish, soalan terakhir, adakah Encik Dalglish gembira dengan keputusan harini?

Ish.. ape la ko tanye macam ni.. mestilah saya gembira.. masa meireles score tu, saya siap lari depan bangku simpanan pemain chelsea.. saja nak bikin panas skit.. semalam saya tak masukkan suarez pun sebab nak bg si torres tu panas.. saje nak tunjukkan liverpool still bleh menang even takde penyerang hebat.. lagi satu sy nak bgtau torres, chelsea tu kene tukar nama jadi chelshit tu..

Temubual bersama torres.


Torres, perlawanan harini awk nampak sukar nak bergerak.. kenapa?

Eh yerke, saya gerak je semalam.. saya lari-lari tengah padang.. lari-lari anak sy kat situ.. saya kejar bola tapi tak terkejar.. sy nak score tapi siot betol carragher block plak.. tapi apa-apapun sy suka la jersey baru saya ni.. warna biru ngkoo..

Tindakan agger menyiku muka awak semalam, awk rasa dia balas dendam dengan awk?

Ko ni kaki dvd kan? mane ade dendam-dendam.. semalam saya berlakon je..ko ingat ni cerita dendam kesumat ke ape.. semalam aku nak kejar bola lepas tu aku bisik-bisik kat agger suruh buat-buat siku aku.. saje bagi drama.. tapi apa2 pun.. cantik tak baju biru aku yg baru ni?

Saya tengok muka awk masa meireles score tu, kenapa muka macam terkejut sangat?

Eh.. mana ade la.. ko ni kan.. aku takde pun buat muka macam tu.. aku buat muka menyampah je samalam.. tapi takpe.. aku kalah pun ok.. asalkan gaji jalan.. lepas ni aku nak pi shopping dengan org rumah aku.. nak beli kasut tumit dia..

Abang torres.. abang torres.. saya reporter dari animal planet yang sebelum ni ade interview abg. Saya nak tanya.. siapa lagi laju, abang atau anak keldai?

Erm.. kejap ek.. abg tak pernah lumba dengan keldai tapi abg rasa kalau abg pakai baju biru ni mungkin abg lagi laju kot.. cantik tak baju baru abg?

Sunday, February 6, 2011

Torres komen tentang perlawanan dengan Liverpool



Telah pun diketahui yang torres bukanlah seorang penyerang setia, bolehlah digelarkan mesin penjaring gol berupa gadis ayu.. Yup, dulu memanglah torres dipuja-puja penyokong liverpool tapi semenjak dah masuk chelshit ni tak mampu la nak dipuja lagi tambah-tambah gadis ayu ni cakap yang dia tak pernah sayangkan Liverpool.. so takde masa la kitorang nak sayang-sayang.. manja-manja kat ko..

Petang tadi dalam sidang akhbar, torres telah menjawab beberapa soalan dari reporter2.. termasuk reporter animal planet.

Bagaimana dengan persediaan perlawanan harini menentang kelab lama awak, Liverpool?

Saya tak tau la nak cakap ape, saya rasa macam kaki saya akan bergerak sendiri je harini, kalau gol gol-lah.. kalau tak.. saya buat bodo je la.. Saya datang chelsea ni pun memang untuk jaringkan gol, diorang dah bayar saya mahal-mahal.. semalam saya dah gune skit duit untuk buat rambut baru.

Apa perasaan semenjak join Chelsea?

Rasa biasa2 je.. cuaca pun sama je.. kat sini stadium die cun.. tapi warna biru ni macam tak ngam la.. macam warna seluar dalam saya pun ade.. rasa menyesal pun ade skarng ni tapi diorang dah bayar lebih kan.. saya sebat je la.. malam ni saya ingat nak makan lobster.

Rasa-rasa malam ni boleh score tak?

Saya tak tau la.. saya memang mesin penjaring gol tapi kadang2 saya rasa malas la nak kejar bola.. malam ni saya bagi drogba je la kejar bola.. saya tunggu kat tiang gol.. dapat bola saya score je terus.. tapi saya janji, malam ni kalau saya score saya tak celebrate la, kang tak pasal-pasal fans liverpool baling kasut pulak..

So, ada kata-kata terakhir untuk penyokong chelsea dan liverpool?

Saya nak ckp kat sini, saya suka warna biru sebab dulu saya suke pandang langit biru, tak lebih dari tu... sebenarnya saya nak join man city sebab baju die memang ade warna biru langit tapi man city taknak beli saya.. so saya join chelsea je la.. tak kisah la asalkan biru.. kalau korang nak tau, arini pun saya pakai spender biru.. jgn bgtau orang lain k.. kalau malam ni saya score sy selak skit seluar sy utk tunjuk kat korang.

Abg torres, sy reporter dari animal planet, nak tanya.. apa beza abg dengan haiwan liar di hutan amazon?

Saya bukan binatang atau haiwan, saya mesin penjaring gol.. saya takkan sayang mana-mana kelab kecuali athletico madrid.. saya mesin faham? mesin.. ala yang macam mesin kelapa tu..

Saturday, February 5, 2011

Cakap Torres umpama sampah..


Beberapa minggu lepas, bukan main manis ayat dikeluarkan torres dari mulut beliau, "Saya sayang Liverpool, saya sayang penyokong Liverpool". Hari ni tiba-tiba torres menambahkan kepanasan penyokong Liverpool, bolehkan terkeluar dari mulut dia yang dia tak pernah sekalipun mencium badge Liverpool. Walaupun ayat-ayat terkemudian yang dikeluarkan torres berbaur manis, namun penyokong Liverpool pastinya kurang senang dengan apa yang diperkatakan torres. Torres, mulut kau macam sampah.. kejap sayang.. kejap tak sayang..

"I never kissed the Liverpool badge"


Torres mengatakan yang dia tak akan meraikan apa-apa jika dapat menjaringkan gol pada perlawanan menentang kelab yang tidak disayanginya, Liverpool. Sekilas memikirkan yang torres cuma mesin yang dibayar untuk menjaringkan gol.Beliau tak akan setia dengan mana2 kelab, beliau cuma hanya akan menjaringkan gol untuk kelab yang diwakili.

"Some people like to kiss the badge. They can do it. I only want to score goals and do my job and achieve all the targets the team has. When I was born in Madrid I was not a Liverpool fan or a Chelsea fan. I was only an Atletico Madrid fan. I still am. Maybe it's the only badge I will kiss if I have to kiss one."


Torres sememangnya seorang penyerang terbaik yang pernah mewakili Liverpool tetapi apa yang dilakukan torres pada penyokong Liverpool sangat mengecewakan. Torres sibuk memperkatakan yang Chelsea sebuah kelab 'top-level', mana yang top-nye? Cube jelaskan ape yang top? Takdenye top pun chelsea tu.. dah la nama kelab pun macam anjing laut..