Saturday, August 23, 2014

Saya sudah upgrade jadi setan - Van Gaal


Louis Van Gaal rasa marah sangat-sangat masa sesi sidang media baru-baru ni, dia nampak tak tahan dengan kritikan yang diterima kerana aktiviti perpindahan yang tak begitu memberangsangkan di kelab paling najis dalam EPL.

"Dua minggu lepas saya adalah Raja di Manchester United, dan sekarang saya sudah upgrade, saya sudah menjadi setan di Manchester United, haa.. jaga-jaga" kata Van Gaal. Pemain yang berjaya dibawa masuk beliau ke Old Trafford setakat ni adalah Ander Herrera, Luke Shaw dan Marcos Rojo. Semua pemain-pemain ni ade potensi tapi kelab nampak kurang berpotensi, jurulatih pun nampak tiada potensi, semua nampak tiada potensi di Manchester United.

"Bukan senang nak beli dan jual pemain sekarang ni, pemain MU semua tak laku, pemain star pula taknak masuk MU" tambah Van Gaal lagi yang menyuruh peminat-peminat bertenang selepas kekalahan 2-1 dengan Swansea semasa perlawanan pembukaan minggu lepas. "Nampak macam susah untuk tiga bulan pertama ni, saya dah bagitahu executive vice president Ed Woodward dengan orang tua Glazers, saya datang sini untuk bina pasukan untuk kelab bangang ni dan proses ni perlu masa, monyet-monyet semua sabar sikit"

"Kami dah sedia untuk musim baru ni, baju baru kami pun nampak cantik, saya rasa dengan baju cantik kami ni mungkin boleh anjak semangat sikit, baju siap ada logo chevrolet takkan tak cantik, semua orang suka chevrolet, biasa la, musim baru kan, baju pun mestilah baru" kata Van Gaal mengakhiri temubual.

Wednesday, August 20, 2014

Mata saya pedas - Cazorla



Santi Cazorla adalah mangsa pertama semburan buih untuk garisan, muka pemain tengah Arsenal itu dipenuhi dengan buih-buih cinta selepas pengadil Jon Moss menyembur buih-buih tersebut keudara dan disambut Cazorla sementara menunggu untuk mengambil sepakan percuma menentang Crystal Palace.

Semburan buih-buih cinta ini telah dgunakan di seluruh Eropah selepas penggunaannya dianggap berjaya di Piala Dunia Brazil baru-baru ini, penonton bersorak bagai naik gila bila melihat Cazorla terkebil-kebil mengelap mata yang pedih akibat tempias buih-buih yang memasuki matanya.

Nasib baik pengadil Si Moss tak kena terajang, Cazorla merasakan ianya bibit-bibit cinta Moss pada dirinya, penonton pula merasa lucu dengan kejadian di Emirates apabila buih tersebut disemburkan ke muka Cazorla pada minit ke-41 pada petang Sabtu lalu.

Semburan buih-buih cinta ini telah digunakan buat kali pertama dalam bola sepak Inggeris pada perlawanan Komuniti Shield diantara Arsenal dan Manchester City di Wembley pada 10 Ogos lalu.
Semburan ini digunakan oleh pengadil untuk menandakan garis untuk pemain berdiri semasa sepakan percuma diambil. Buih ini akan hilang selepas beberapa minit dan pemain akan gembira dengan keadaan padang yang akan menjadi wangi.

Ia digunakan dalam Liga Perdana untuk musim baru selepas kejayaan di Piala Dunia Brazil.
Setiausaha Agung FA, Alex Horne berkata: 'Semburan buih-buih cinta ini merupakan inovasi besar pada Piala Dunia 2014, yang telah diuji di Amerika Selatan, dan FA memainkan peranan penting dalam membolehkan ianya digunakan dalam undang-undang permainan pada 2012 melalui peranan kita dalam Lembaga Antarabangsa  FA, apa benda aku cakap pun aku tak tau '


Monday, August 18, 2014

Kita kena masuk tadika balik, belajar dari awal - Van Gaal


Louis Van Gaal mengerahkan pemain-pemain Manchester United supaya masuk tadika balik, belajar rajin-rajin, masuk sekolah menengah main bola wakil sekolah, dah menang satu game lawan sekolah menengah Parit Sulong baru boleh join EPL balik. 
Kata-kata tersebut keluar lepas Manchester United kalah dengan Swansea City masa perlawanan pertama mereka sabtu lepas.

Kempen baru The Reds bermula dengan buruk apabila Swansea City memperoleh kemenangan 2-1 dan kemunculan pertama Jesse Lingard berakhir dengan kecederaan. Van Gaal menggunakan formasi 3-5-2  dan ditukar ke formasi 4-4-1-1 pada separuh masa kedua dan Wayne Rooney menyamakan kedudukan dengan sepakan pusing ala-ala kuih pusing tetapi United tetap kalah, kini mereka akan cuba mendapatkan mata apabila berdepan Sunderland Ahad depan. 

"Kita belum sampai ke tahap kita lagi, sebenarnya kita power sangat tapi harini kita main serupa keldai, tapi keldai yang power" Van Gaal memberitahu kami semasa temuramah haritu. "Perkara utama adalah bermain sebagai satu pasukan, kami tidak bermain sebagai satu pasukan, kami main macam monyet. Walau bagaimanapun, kita mempunyai peluang untuk memenangi permainan ini, ada peluang tapi tak menang. Kami telah memberikan banyak ruang pada separuh kedua. Kami bermain dengan lebih bagus. Kita berjaya jaringkan satu gol daripada dua peluang pada separuh masa kedua, kan bagus tu, peluang pun banyak, dua peluang.. banyak kan?

"Ia sesuatu yang mengecewakan bagi peminat. Mereka beri harapan tinggi lepas tengok kita menang banyak masa perlawanan pra-musim. Kemudian kita kalah pulak perlawanan pertama. Memang kecewalah peminat,pemain pun kecewa jugak, saya pun kecewa jugak, semua orang kecewa. Ia hari yang buruk untuk kita, untuk Man Utd dan untuk monyet-monyet sedunia. 

"Kami membuat tips baru untuk anda semua dan anda perlu belajar daripada tips ini. Kami bukan juara sekarang. Swansea pun bukan juara walaupun mereka dah berjaya kalahkan kami. Pada akhir musim ini baru mereka tahu kita adalah bakal juara dan mereka pasti menyesal, monyet-monyet pun akan gembira"

Van Gaal akan bercakap dengan pemain-pemainnya tentang prestasi hambar dan akan tegaskan yang perubahan formasi tak semestinya akan beri kemenangan. “Jangan berharap sangat kalau aku tukar formasi je mesti menang, korang ingat aku Harry Potter ke asyik nak buat magis je.. bangang punya team..” kata Van Gaal mengakhiri temubual.

Wednesday, August 13, 2014

Memang asyikkkk - Dejan Lovren



Dejan Lovren, seorang pemain Liverpool. Macamana bunyinya? Ok?
Sedap betul bunyi tu, Dejan Lovren dan Liverpool, hurm.. macam aur dengan tebing..Macam mimpi je rasanya.. mimpi aur dengan tebing.. tapi apa-apa pun aku rasa tak sabar pulan nak start main bola untuk Liverpool.
Apa yang awak rasa nak tunjukkan bila bermain untuk Liverpool?
Aku tak sabar nak berada dekat Anfield ni, aku dah main kat sini season lepas, bila dengar peminat nyanyi lagi ‘You’ll Never Walk Alone’ tu aku rasa fuh.. asyik.. Itu sebenarnya yang buatkan rasa special bila jadi pemain Liverpool, jadi peminat Liverpool. Tak sabar ni nak main.. bagi aku main 5 minit kejap boleh?
Kejap lagi Encik Lovren boleh main puas-puas dengan budak-budak under twenty one, sekarang saya nak tanya soalan lain, awak tau apa pasal kelab ni dan sejarah Liverpool?
Apa punya soalan kau bagi ni, semua orang tahu kelab ni ade berjuta-juta peminat, Liverpool ni lebih dari kelab, boleh tak kau bagi soalan sedap sikit aku nak jawab.
Ok, ni soalan sedap, awak habiskan satu musim dengan Southampton, apa anda rasa masa bermain di St Mary?
Tu satu musim je, pendek sangat rasanya tapi kami rasa seronok dengan kawan-kawan semua. Seronok main bola kat St Mary, tu kali pertama aku main bola dekat England dan aku rasa bangga dapat main dengan Southampton. Aku akan simpan memori-memori sepanjang aku ada kat sana.
Bila awak jumpa dengan rakan sepasukan kat sini, akan ada muka-muka yang awak kenal macam Rickie Lambert dan Adam Lallana, awak rasa seronok tak?
Mestilah seronok dik oii, tapi aku seronok bukanlah sebab Si Rickie atau si Lallana tu je, aku pun rasa tak sabar jugak nak jumpa kawan-kawan sepasukan lain. Semua hebat-hebat belaka. Aku kenal Rickie dengan Lallana sejak musim lepas, diorang pemain-pemain hebat, memang layak ada kat sini.
Apa awak rasa Rickie akan sumbangkan untuk Liverpool?
Brother tu banyak pengalaman dia, banyak dah game dia main dalam Premier League ni. Rickie dah banyak jaringkan gol-gol penting musim lepas, banyak aku belajar dari dia, dia macam ketua kami kat sana.
Lallana pulak? Apa yang awak boleh terangkan pasal dia?
Aku dah kata tadi.. dari tadi aku dah cakap aku seronok main dengan Lallana musim lepas, memang menakjubkan dia tu. Dia pemain utama kami, dia main semua game. Macam Rickie jugaklah, dia pun seorang ketua yang bagus walaupun baru 26 tahun. Sekarang mimpi dah jadi kenyataan dan kami dapat peluang main bersama lagi musim ni.
Awak jaringkan dua gol je untuk Southampton, salah satunya masa kemenangan menentang Liverpool kat Anfield musim lepas, apa awak rasa?
Memang hebat, aku rasa saat tu memang indah sebab sebelum dengan lepas game tu aku rasa sesuatu yang hebat kat stadium ni. Aku takkan lupa kemenangan yang kami capai tambah-tambah aku pulak tu yang score. Lepas game tu, aku kata kat diri sendiri “Satu hari nanti aku harap aku dapat main kat sini bersama Liverpool”.

Tuesday, August 12, 2014

Moh le kita semua join liga ni - Moyes



Kepada anda yang masih belum sempat nak sertai liga fantasy MERAHSEBENAR boleh join dengan menggunakan kod ni..1578093-359588. Sekali lagi diingatkan, liga ni dibuat atas dasar suka-suka dan lebih kepada untuk mengeratkan hubungan sesama kita si semua si merah-merah saga, tiada hadiah basikal lomba, obor-obor atau rumah agam disediakan. Terima Kasih..

Sunday, August 10, 2014

Coutinho memang MAGIKAL WORLD OF DISNEYY!!


Baru semalam, gergasi bola german di beri peluang menghadap pasukan terulung England Liverpool sambil Coutinho diberi tugas menjahanamkan barisan dari german itu iaitu  kelab Borussia Dortmund.
Countinho nampak hebat dengan membantu Daniel Sturridge untuk gol pertama dan selepas itu si Coutinho sendiri menjaringkan gol ketiga untuk The Reds. Coutinho juga adalah tulang belakang untuk gol keempat Liverpool yang dijaringkan abang Hendo kita.
Pemain berusia 22 tahun itu menerima tepukan berdiri dari orang ramai apabila ia digantikan.
"Berbakat betul budak tu, pandai betul dia main bola" kata Brendan Rodgers dalam persidangan selepas perlawanan tersebut.
"Dia budak magikal world of disney. Keupayaannya untuk keluar dari situasi yang ketat dan pandangannya terhadap permainan sangat luar biasa, memang budak ajaib.
"Kedudukan yang terbaik adalah bila kita bermain antara garisan, beliau tidak dapat dikawal pemain lawan, sekejap ke belakang, sekejap ke tengah, dia tarik keluar pemain pertahanan, dan hantaran beliau adalah luar biasa, MAGIKAL WORLD OF DISNEYY!!.
"Beliau sangat luar biasa, dan apa yang dia lakukan pada permainan adalah dengan tidak henti-henti menekan. Dia sangat kuat semasa ditekan pemain lawan, dan meletakkan tekanan kepada pemain lawan apabila beliau tidak mendapat bola."
Rodgers yakin Coutinho akan meningkatkan kecemerlangan dalam Liga Juara-Juara dan di peringkat antarabangsa.
"Dia datang ke negara ini dan liga ini, dan menyerikan liga dan kelab ini dengan kualiti beliau" kata bos The Reds itu.
"Saya berfikir bahawa walaupun di peringkat tertinggi, beliau tetap akan menunjukkan kualiti yang besar. Saya dapat rasa dia akan menjadi kuasa besar bola sepak dalam empat atau lima tahun akan datang, untuk Brazil dan Liverpool, MAGIKAL WORLD OF DISNEYY!!.
"Dia seorang pengendali yang luar biasa, anda akan taksub hanya dengan menonton dia bermain di atas padang, bermain galah panjang, baling selipar pun power. Kami amat gembira dia ada di sini."
Persembahan cemerlang Coutinho telah ditambah serinya dengan kehadiran Raheem Sterling. Mereka berdua digabungkan dengan berkesan dan mudah. Rodgers juga turut mengagumi pemain dari England itu.
"Dia seorang pemain yang luar biasa, yang boleh bawa bola kemana saja dia hendak pergi, ke atas, bawah, kutub selatan, gerik, pasar payang.. semuanya" kata Rodgers tentang Sterling.
"Orang ingat saiz dia kecik, tapi mereka tak tau dia sebenarnya kuat. Cara dia bermain harini menunjukkan dia benar-benar bersedia mengorak langkah menuju kejayaan.. yeehaa!!, ops maaf, gila sekejap.
"Dengan kelajuan yang dia ada, digabungkan pula dengan kepala hotak berjambul dia yang bijak, dia baru 19 tahun, adik-adik lagi dan dia masih belajar tapi dia dah ada masa depan yang sangat cerah.."

Monday, August 4, 2014

Kenapa semua sibuk sangat pasal Mario Ballotelli ? - Rodgers



Liverpool telah membeli Rickie Lambert, Emre Can, Adam Lallana, Lazar Markovic, Divock Origi dan Dejan Lovren, dan Brendan Rodgers mengesahkan akan ada lagi pemain baru akan menyertai kem Liverpool.

Bercakap pada persidangan akhbar menentang Manchester United (blerghh) di Stadium Miami Sun Life, Rodgers telah diminta oleh wartawan untuk menjawab soalan mengenai perpindahan pemain dan pemain sasaran yang akan dibawa masuk ke Liverpool.

Beliau menjawab: "Tiada pemain yang dikaitkan bersama Liverpool lagi buat masa ini. Kami akan cuba mendapatkan khidmat untuk mengisi lopak kosong untuk mengukuhkan pasukan, tetapi tiada nama yang pasti lagi..haritu orang sibuk kata Reus-reus, saya taknak komen.. shhh"

Enam pemain telah menyertai Liverpool setakat ini, tiga pemain dari Southampton iaitu Lambert, Lallana dan yang paling baru adalah Dejan Lovren.

Rodgers merasakan kesefahaman di antara ketiga-tiga pemain ini akan membantu Liverpool menyelesaikan masalah mereka dengan cepat dan tidak menolak kemungkinan mereka akan mempunyai masalah kecil di Anfield.

"Saya rasa kelebihan mengambil mereka adalah kerana mereka tahu cara permainan kami, mereka pun hebat-hebat belaka" jelas Rodgers. "Semua pemain yang kita beli dibawa masuk kerana profil mereka yang baik sebelum ini, si Shaw tu paling jahanam dalam Southampton so saya tak berminat".

"Southampton bermain dalam cara yang benar-benar agresif dan pemain ini akan menyesuaikan diri lebih cepat.

"Saya fikir jika anda mempunyai tiga pemain yang datang dari kelab yang sama, sudah tentu ia sentiasa membantu pada hari pertama berjalan menuju ke bilik persalinan. Mereka pasti akan dihormati kerana mereka pemain yang baik, dan itulah sebabnya mereka berada di Liverpool. harap-harap mereka boleh tunjukkan yang mereka lebih baik bila berada di sini. "

Sementara itu, Rodgers maklum dengan khabar angin yang mengaitkan Liverpool dengan perpindahan Mario Balotelli.

Pengurus telah diminta untuk mengulas mengenai penyerang AC Milan itu dalam sidang akhbar menjelang perlawanan dengan kelab gergasi Itali di Charlotte awal minggu ini.

Rodgers berkata: "Saya harap ini adalah sidang akhbar terakhir saya ditanya tentang soalan mengenai Mario Balotelli dan saya cuma bercakap tentang bakat mamat botak ini saja dan dia pemain yang sangat baik tapi hari berikutnya semua tulis dalam surat khabar macam tak ingat dunia, ha... macam kami dah menandatangani pemain botak rambut putih ni, tapi saya tak terkejut pun.

"Saya nak bagitau anda, Mario Balotelli tak akan berada di Liverpool.. Sekian".

"Dia seorang pemain yang bagus, saya hanya memberikan persepsi saya kepadanya sebagai seorang pemain, jadi saya rasa takkan saya bercakap macam tu je semua ingat saya terhegeh-hegeh nak sign si Balotelli ni"