Sunday, April 17, 2011

Hai.. nama saya Andy Carroll...


Perlawanan menentang Arsenal bakal memberi satu perlawanan yang sengit sedang Arsenal berebut mengejar takhta liga manakala Liverpool pula berebut tempat ke piala eropah. Seperti yang diharapkan, Liverpool sekali lagi akan menurunkan pemain-pemain terbaik mereka dan kemungkinan besar pemain-pemain dari perlawanan menentang Manchester City tempoh hari akan diturunkan. Pemain yang dijangka akan mengejutkan dan menggegar gawang gol adalah pemain tinggi lampai dan bertubuh sasa yang dibeli dari Newcastle, Andy Carroll. Kami telah membuat tempahan tempat dan masa semata-mata untuk menemubual pemain ini dan baru petang tadi kami telah meluangkan masa bersama beliau.

Hai Carroll, kami suka sangat dapat jumpa awak.. tinggi ye awak ni.. ensem plak tu.. rambut panjang.. wavy wavy lagi.. eh.. terlupa plak saya.. boleh ceritakan perasaan awak setelah beberapa minggu bermain untuk pasukan Liverpool?
Ya.. saya hensem... saya tinggi, ramai wanita sukakan saya.. saya happy kat Liverpool.. mula-mula dulu saya tak tau perasaan saya macam mana.. bercampur aduk.. sekarang saya rasa sangat happy.. fans semua baguss sangat... menjerit-jerit nama saya.. ada tu saya pernah dengar peminat jerit... "Carroll hensem... Carroll hensem.."gembira sangat masa tu..

Minggu lepas awak menjaringkan dua gol.. happy tak?
Happy.. saya lari terus kat sudut padang.. lompat tinggi-tinggi.. saya paling suka bila lutut saya bersentuhan dengan rumput.. jarang berlaku.. selalunya muka pemain pertahanan yang banyak kena lutut saya.. saya kira-kira.. muka vidic paling banyak kena lutut saya..

Minggu lepas Liverpool menang lawan Manchester City, semalam Manchester United kalah masa lawan Manchester City.. apa komen awak?
Dua-dua stupid..

Awak rasa malam ni awak boleh score gol lagi?
Saya cuba.. saya lompat tinggi-tinggi sampai cucur atap.. belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab.. ehh.. sorry sorry.. nanti saya lompat tinggi2.. lompat sambil tersenyum dan menanduk bola masuk dalam gol.. jangan risau.. kalau saya tak score.. saya akan pass kawan-kawan lain.

Malam ni Liverpool akan pakai jersey warna putih.. komen awak?
Laa.. yerke.. tak tau plak saya.. takpela.. dulu masa saya main Newcastle pun saya pakai jersey putih itam.. belang-belang jugak.. takpela.. tak kisah la tu..

Soalan terakhir saya... bila awak nak botakkan kepala awak?
Gilaaa... takkan aku dah ensem-ensem macam ni nak botakkan kepala.. taknaklah.. dah macam pencawang telefon plak kalau aku botakkan kepala aku.. ko tak botak kenapa? kecoh suruh orang botak plak..

Ok takpela.. saya tanya je.. terima kasih ya Carroll..
Sama-sama.. nah ambik ni.. pengikat tocang saya ..buat saguhati..

Abang Carroll.. Abang Carroll.. saya ada soalan.. saya dari Animal Planet.. nak tanya abang satu soalan.. Banyak-banyak pemain Arsenal.. siapakah yang abang rasa layak mencarik bulu ayam?
Arsenal.. abang rasa.. abang tak rasa pemain arsenal reti carik bulu ayam.. abang rasa Rio Ferdinand paling layak..


Monday, April 11, 2011

Saya benci kereta langgar - Kyrgiakos


Liverpool pastinya merasa agak sakit, sama sakitnya seperti sakit tulang belikat.. kehilangan beberapa tonggak pertahanan akibat kecederaan menunjukkan betapa tegarnya hati pemain-pemain Liverpool sampaikan sanggup berpatah kaki demi menaikkan nama Liverpool.. Perlawanan menentang Manchester City pada malam ini bakal menguji barisan pertahanan Liverpool. Kemungkinan King Kenny akan memberi peluang pemain-pemain muda dari pasukan remaja Liverpool. Mari kita bertanya kepada Kyrgiakos, mampukah beliau menyekat serangan Manchester City.

Boleh menang ke malam ni bang?
Yakin boleh.. kalau yakin boleh.. mestilah boleh...

Abang buat banyak kesilapan semasa match menentang West Brom aritu, adakah abang bersedia menebus kesilapan tersebut?
Abang mintak maaf sangat, haritu lutut abang lenguh-lenguh.. asyik rasa macam nak jatuhhh je.. abang cuba yang terbaik hari ni.. pemain manchester city lalu je depan abang.. fusshhh.. abang slide cantikk punyaa..

Abang rasa malam ni abang bleh score gol?
Abang cuba ya.. abang selalu mencuba..

Abang taknak potong rambut macam Skrtel?
Abang dah cuba tapi tak termampu.. abang sayang sangat dengan rambut abang ni.. wangi kan??

Abang nampak macam pendekar, dengan rambut panjang, tubuh sasa.. abang memang pendekar?
Eh.. memandai je kau ni.. abang saja je jaga badan.. bila badan dah tegap baru sedap langgar orang.. haa.. tapi abang benci main kereta langgar... abang dah try langgar semua orang.. setakat ni abang tak berani langgar King Kenny je lagi..

Liverpool dijangka akan menurunkan barisan pemain berikut untuk perlawanan menentang Man City pagi ini; Reina, Carragher, Skrtel,Kyrgiakos,Wilson,Kuyt, Lucas, Meireles, Mascherano, Suarez, Carroll.