Friday, March 18, 2011

Torre beli kain sari baldu..


Pertemuan Liverpool - Braga semalam telah menghiris hati penyokong-penyokong Liverpool di serata dunia. Di selat Cina, di utara Thai, di barat Sulawesi..semuanya terhiris hati tatkala Liverpool tewas dengan agreget 1-0 di Anfield. Tidak banyak yang perlu diperkatakan, kenapa Liverpool tak mampu membolosi gawang Braga sedangkan Liverpool mudah membolosi gawang musuh tradisi mereka, Man Utd? Jawapannya mudah.. Braga lebih hebat dari Man Utd..

Mari kita tanya siapakah Braga sebenarnya dan siapakah pula Broga?
Braga adalah satu bandar di utara Portugal manakala Broga pula adalah sebuah bukit yang cantik terletak berhampiran Semenyih dan banyak batu-batu terduduk di atas sana.

Jadi, Braga dan Broga adalah dua tempat berbeza, apa pula beza Braga dan S.Bragamaran?
Mereka semestinya tidak sama... ada pemisah antara mereka.. yang pastinya Braga dah berjaya menyingkir Liverpool.

Kenapa S.Bragamaran tidak bermain untuk Liverpool?
Walaupun terdapat huruf S pada awal nama S.Bragamaran, kami tidak memungkinkan yang beliau sesuai dengan Liverpool. Mungkin beliau terlalu hebat dan Chelsea mungkin lebih meminati beliau?

Kenapa Chelsea begitu bodoh dengan tidak membeli S.Bragamaran?
Kami kurang pasti, cuba tanya Torre, dia pakar Chelsea skarang.. Even nama cacing-cacing di Chelsea pun dia tahu..

Kami alihkan soalan kami kepada Torres atau nama sebenarnya Bragando Torre.. kenapa beliau sanggup mengatakan Liverpool lebih boring dari Chelsea?
Ok.. sebenarnya macam ni.. kisah ni kami tak pernah keluarkan pun.. Torre lebih dikambing hitamkan selepas beliau keluar dari Liverpool.. beliau dulu memang kami gelar kambing sebab bau tak hingatt... mungkin dia rasa boring sebab orang tak tahan nak borak dengan dia.. dah la kuat menipu, dia baru balik dari India.. beli kain sari cotton.. dia cakap tu kain baldu bertatahkan sutera.. nampak benor penipu die.. dah la tunjuk kat kitorang.. mestila kitorang tau tu kain cotton, siap ade tulis tepi.. cotton 100%.. Maybe sebab tu die boring kot.. tapi takpela.. nanti mesti kat Chelsea dia nak tipu Ancelotti plak.. memang kene la.. Ancelotti tu memang selalu kene tipu..

Tuesday, March 15, 2011

Saya makan biskut tiger - Nani


Nani memang terkenal dengan perangai sampah, boleh dilihat dari memek muka yang Nani memang serupa dengan batu bata yang tak pecah tapi dikatakan pecah. Walaupun Man Utd kalah pada perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, tapi mereka masih nak kurangkan tahap kemaluan mereka dengan mengatakan yang Nani cedera dan luka di kaki. Woow.. kaki Nani luka dan bakal terlepas keseluruhan musim. Adakah cerita ini benar atau lakonan Nani umpama Kak Rosnani Ishak mampu memberi kepercayaan kepada seluruh peminat bola sepak seantero dunia?

Bagaimana rasanya kaki anda setelah dirobek Carragher tempoh hari?
Rasa pedih-pedih dan saya tampal koyok untuk meredakan kepedihan tersebut.

Adakah anda rasa Carragher patut dilayangkan kad merah?
Kalau saya referee haritu, saya memang akan layangkan kad merah berserta layang-layang sekali.. Saya rasa referee aritu buta agaknya.. saya siap pegi dekat dia.. tunjuk kaki saya yang luka dan saya buat-buat rebah seperti Merong rebah ke bumi tapi referee tak endahkan pun. Kepala hotak diaa..

Siapakah nama sebenar awak?
Nanicokelatcelup.. dan saya benci kaki saya yang cantik ni luka..

Benarkah awak menangis setelah Carragher mencedok kaki awak?
Ya.. saya menangis.. hati saya pilu.. saya mempunyai hati yang lembut selembut salju.. Saya saja je buat muka saya ala-ala penyanyi black metal so orang takut dekat saya tapi sebenarnya hati saya sangat mudah tersentuh.. ohh kakiku.. tapi jangan risau, tulang aku kuat... aku banyak makan biskut tiger.. auuumm..

Awak rasa awak akan terlepas keseluruhan musim?
Ohh.. semestinya lah tak.. aku saje je buat-buat rebah aritu.. lagipun aku dah penat main time tu.. and plzz... aku malu sebenarnye sebab ter-pass bola dekat kuyt malam tu.. sebab tu aku rasa better aku keluar je.. Champions league nanti aku main la balik..

Bang, macam biasa lah.. saya dari animal planet.. nak tanya..Kenapa abang tak lompat macam katak pisang semasa perlawanan pada malam tu?
Aku lupa..