Monday, April 11, 2011

Saya benci kereta langgar - Kyrgiakos


Liverpool pastinya merasa agak sakit, sama sakitnya seperti sakit tulang belikat.. kehilangan beberapa tonggak pertahanan akibat kecederaan menunjukkan betapa tegarnya hati pemain-pemain Liverpool sampaikan sanggup berpatah kaki demi menaikkan nama Liverpool.. Perlawanan menentang Manchester City pada malam ini bakal menguji barisan pertahanan Liverpool. Kemungkinan King Kenny akan memberi peluang pemain-pemain muda dari pasukan remaja Liverpool. Mari kita bertanya kepada Kyrgiakos, mampukah beliau menyekat serangan Manchester City.

Boleh menang ke malam ni bang?
Yakin boleh.. kalau yakin boleh.. mestilah boleh...

Abang buat banyak kesilapan semasa match menentang West Brom aritu, adakah abang bersedia menebus kesilapan tersebut?
Abang mintak maaf sangat, haritu lutut abang lenguh-lenguh.. asyik rasa macam nak jatuhhh je.. abang cuba yang terbaik hari ni.. pemain manchester city lalu je depan abang.. fusshhh.. abang slide cantikk punyaa..

Abang rasa malam ni abang bleh score gol?
Abang cuba ya.. abang selalu mencuba..

Abang taknak potong rambut macam Skrtel?
Abang dah cuba tapi tak termampu.. abang sayang sangat dengan rambut abang ni.. wangi kan??

Abang nampak macam pendekar, dengan rambut panjang, tubuh sasa.. abang memang pendekar?
Eh.. memandai je kau ni.. abang saja je jaga badan.. bila badan dah tegap baru sedap langgar orang.. haa.. tapi abang benci main kereta langgar... abang dah try langgar semua orang.. setakat ni abang tak berani langgar King Kenny je lagi..

Liverpool dijangka akan menurunkan barisan pemain berikut untuk perlawanan menentang Man City pagi ini; Reina, Carragher, Skrtel,Kyrgiakos,Wilson,Kuyt, Lucas, Meireles, Mascherano, Suarez, Carroll.

1 comment: