Thursday, May 19, 2011

Saya cukup suka nombor 19 - Sir Alex


Menari ballet penyokong Man Utd bila diorang menang EPL tahun ni, Tambah-tambah plak yang ke 19. Bergoyang sampai ke Malaya sebab Man Utd dapat pintas Liverpool yang setakat ni masih dengan gelaran 18 kali juara EPL. Punya lah gembiranya rasa dihati sampai penyokong-penyokong Man Utd ni bersusah payah membanting tulang menabur bakti dan kata-kata tulus mereka mengutuk penyokong Liverpool. Senyum, tawa gembira nampak terukir di muka pemain-pemain Man Utd, Nani yang sebelum ni pernah ditemubual juga tak kurang hebatnya 'Berbaloi saya laburkan duit saya dengan membeli biskut Tiger, tanpa saya mungkin Man Utd tidak sekuat harimau rimba'. Walaupun Sir Alex mendengar sendiri kenyataan Nani, namun beliau tidak sedikit pun nampak memberi reaksi negatif kepada Nani. Di kesempatan kegembiraan Man Utd, kami sempat menyelinap di celah-celah pemain Man Utd yang ternyata bau mereka seperti rakun yang terjatuh ke dalam najis dan najis itu tidak dicuci dan sungguh malang nasib rakun itu kerana deodoran beliau hilang entah ke mana. Apa yang penting, kami telah berjumpa dengan Sir Alex, bukannya rakun tersebut dan sempat menemubual beliau.

Sir Alex, hai.. tertawa riang hari ni?
Ya, kami bangga dengan nombor 19.. dan saya sedang tertawa sekarang.

Adakah Sir Alex puas dengan kejayaan yang dikecapi hari ni?
Kejayaan hari ini bermula dari sekarang, saya puas sangat hari ni ibarat rakun yang puas setelah klimaks melakukan hubungan intim.

Kenapa Sir Alex begitu beriya-iya nak pintas Liverpool sampaikan saya dapat lihat harini, sambutan begitu meriah sampaikan 40 ekor 'nyok' tumbang untuk dijadikan santapan?
Ya, Liverpool adalah musuh utama kami, walaupun ada yang berpendapat dadah adalah musuh negara, tapi bagi kami.. Liverpool lebih dimusuhi.. Maafkan saya, 'nyok' tu ape?

Sir Alex, sekarang ni saya yang wartawan dan saya yang patutnya bertanya... Saya ada soalan lagi, apakah menu lain untuk sambutan harini?
Ohh.. kita ada macam-macam lagi, ada kuih olak lempit, kuih kepala nani bertatahkan kismis, jagung rooney bakar dan kek berupa muka saya sendiri tapi muka saya masa zaman remaja sebab tukang kek tu kata nak buat kedutan muka kat kek tu ambil masa 2 tahun baru bleh siap.

Selain makan-makan, ada acara lain tak untuk sambutan 19 kali juara EPL ni?
Kita ada macam-macam acara lagi seperti cari 19 biji gula dalam pasir, cari 19 kg gula pasir dalam pasir, cari 19 helai kepala nani dalam pasir dan bawa 19 biji bola ping pong dalam satu sudu. Hadiah pun lumayan, kita ada 19 hamper barangan wanita dan 19 kotak minuman untuk dibawa pulang.

Kenapa Sir Alex begitu obses dengan nombor 19?
Ya.. saya dilahirkan pada 31 Disember 1941 dan memang terang disitu nombor 19.. saya memang suka nombor 19 dan disebabkan itu juga, kami beramai-ramai akan merakamkan album.. '19 budak hitam' dan Nani akan menjadi teraju utama album tersebut. Cover album tersebut juga akan memaparkan close-up muka nani di bahagian dahi dimana dahi beliau akan dicat dengan nombor 19 dan muka beliau akan dirapatkan pada cermin sambil pemain-pemain lain akan melakukan gaya ala-ala ingin menyiku cermin tersebut.

Ok, terima kasih Sir Alex kerana sudi meluangkan masa.
Sama-sama

5 comments:

  1. baru skang aku tgk blog blog ada logo MU hahaha...memang penyokong MU sengal... sementara mereka gembira mari kita kutuk mereka yang sengal itu...

    ReplyDelete
  2. kecohla MU dengan 19 dier..

    anies.. nak pinjam artikel ni? haa.. ambik2..

    ReplyDelete