Begitulah.. akhirnya Malaysia menyaksikan Liverpool memboloskan enam bijik gol ke gawang Malaysia dan begitu jugalah Malaysia berjaya memboloskan tiga gol ke gawang Liverpool dan penyokong-penyokong menyaksikan sembilan gol dengan gaya seakan-akan berpesta.. Sorakan penonton yang mewakili kedua-dua pasukan turut memberi impak kegamatan dari awal sampai akhir perlawanan. Dikala warna merah memeriahi stadium, di hati mereka masih tersemat rasa cintakan Malaysia. Merah yang diwakili mereka bukanlah merah yang mewakili setan terencat.. ini adalah merah sebenar yang susah senang tetap bersama.. Kehebatan inilah yang menjadi keunikan peminat-peminat Liverpool yang tetap utuh bersama walaupun kelab terumbang-ambing.
Peminat-peminat Man Utd tampak tercabar dengan impak yang berlaku di Malaysia, kebodohan nampak makin terserlah apabila ada yang terhencot-hencot ke stadium dengan menyarung jersi Man Utd mereka.. ada juga yang bersusah payah membawa kain rentang bernombor 19 nampak seperti ketandusan dan tertekannya mereka dengan populariti seperti Liverpool. Tolonglah wahai setan setan semua.. Janganlah bersikap bodoh dengan menunjukkan kebodohan anda kepada kami. Kami dah lama tau dahhh..
Kebodohan penyokong Man Utd tambah terserlah bila ada yang membawa kain rentang tertulis 19.. Satu ayat je untuk anda.. "Kitorang dah terlalu lama pegang rekod tu.. korang baru je bertatih nak pegang rekod tu..".
Kehebatan Liverpool itu diakui walaupun terkadang tampak lopong di merata tempat,Kegagahan si merah ini ditakuti sampaikan si penyarung jersi Malaysia pun masih mahu menyebut mereka Man Utd,Hormati kami bukan itu yang kami mahu, cuma kami mahu anda tahu sejarah itu masih milik kami walaupun anda sibuk terkangkang berkokok tentang nombor 19,Kesetiaan itu sebenarnya jiwa kami yang masih kuat menyala walaupun dibolosi bertubi-tubi,Jika anda cemburu dengan kesetiaan jiwa kami, anda perlu ketahui bahawa sedikit pun kami tak ambil kisah dengan kejayaan anda,Kerana kami yakin kapal yang kami naiki dipenuhi jiwa-jiwa sejati,Kami masih yakini si setan merah pasti bersemadi satu hari nanti di kala Broery Marantika menyanyikan lagu 'Sabarlah menanti',Buat mereka yang tak sudah-sudah mecaci kami, tahukah anda walaupun baju yang kami pakai dipenuhi merah sejati namun di dalam hati penuh rasa cinta pada negara yang abadi.Buat rajagopal, safee dan yang lain, tahukah anda, di sana kami berteriak buat anda sepanjang masa,Maka tak perlulah berlagak semacam anda mewakili Man Utd semasa menentang Liverpool.
Pki jersi MAS jerit GGMU... patriotik sangatlah kononnye kan...haha....stupid scums fan
ReplyDeleteDia silap la bile dgn beraninya nak 'langgar' kawasan....
ReplyDeletenk pinjam kata2 azimat tu bleh?
ReplyDeleteKerana LiverpoolFC episode 4 (finale)
anies.. jemput2.. ambik je azimat tu..
ReplyDelete