Friday, March 18, 2011

Torre beli kain sari baldu..


Pertemuan Liverpool - Braga semalam telah menghiris hati penyokong-penyokong Liverpool di serata dunia. Di selat Cina, di utara Thai, di barat Sulawesi..semuanya terhiris hati tatkala Liverpool tewas dengan agreget 1-0 di Anfield. Tidak banyak yang perlu diperkatakan, kenapa Liverpool tak mampu membolosi gawang Braga sedangkan Liverpool mudah membolosi gawang musuh tradisi mereka, Man Utd? Jawapannya mudah.. Braga lebih hebat dari Man Utd..

Mari kita tanya siapakah Braga sebenarnya dan siapakah pula Broga?
Braga adalah satu bandar di utara Portugal manakala Broga pula adalah sebuah bukit yang cantik terletak berhampiran Semenyih dan banyak batu-batu terduduk di atas sana.

Jadi, Braga dan Broga adalah dua tempat berbeza, apa pula beza Braga dan S.Bragamaran?
Mereka semestinya tidak sama... ada pemisah antara mereka.. yang pastinya Braga dah berjaya menyingkir Liverpool.

Kenapa S.Bragamaran tidak bermain untuk Liverpool?
Walaupun terdapat huruf S pada awal nama S.Bragamaran, kami tidak memungkinkan yang beliau sesuai dengan Liverpool. Mungkin beliau terlalu hebat dan Chelsea mungkin lebih meminati beliau?

Kenapa Chelsea begitu bodoh dengan tidak membeli S.Bragamaran?
Kami kurang pasti, cuba tanya Torre, dia pakar Chelsea skarang.. Even nama cacing-cacing di Chelsea pun dia tahu..

Kami alihkan soalan kami kepada Torres atau nama sebenarnya Bragando Torre.. kenapa beliau sanggup mengatakan Liverpool lebih boring dari Chelsea?
Ok.. sebenarnya macam ni.. kisah ni kami tak pernah keluarkan pun.. Torre lebih dikambing hitamkan selepas beliau keluar dari Liverpool.. beliau dulu memang kami gelar kambing sebab bau tak hingatt... mungkin dia rasa boring sebab orang tak tahan nak borak dengan dia.. dah la kuat menipu, dia baru balik dari India.. beli kain sari cotton.. dia cakap tu kain baldu bertatahkan sutera.. nampak benor penipu die.. dah la tunjuk kat kitorang.. mestila kitorang tau tu kain cotton, siap ade tulis tepi.. cotton 100%.. Maybe sebab tu die boring kot.. tapi takpela.. nanti mesti kat Chelsea dia nak tipu Ancelotti plak.. memang kene la.. Ancelotti tu memang selalu kene tipu..

No comments:

Post a Comment