Monday, February 21, 2011

Yeaah.. Dalglish percaya kat saya - Joe Cole


Bekas bintang Chelsea baru-baru ini telah diberi peluang oleh pengurus pasukan Liverpool untuk beraksi dalam perlawanan menentang Sparta Prague. Perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 itu agak hambar untuk disaksikan di Malaysia kerana jam 4 pagi adalah waktu terbaik untuk mengantuk dan tido. Walaupun perlawanan cuma berkesudahan seri, namun permainan ditunjukkan oleh pasukan Liverpool boleh tahan bagus. Permainan yang boleh dikatakan didominasi Liverpool walaupun buntu untuk mendapatkan jaringan. Joe Cole yang muncul pada separuh masa kedua perlawanan tampak begitu asyik menggelecek bola sehinggakan beliau tidak sedar kamera, penonton dan rakan-rakan sepasukan ada di sekelilingnya.

Permainan Joe Cole pada malam itu sangat baik dan Kenny Dalglish segera menterjemahkan pemain itu sebagai satu aset untuk Liverpool. "Beliau adalah pemain yang bagus, saya yakin beliau akan menemui sentuhan dan membantu Liverpool kelak". Kami berkesempatan menemubual Joe Cole setelah selesai perlawanan tersebut.

Bagaimana rasanya dapat bermain pada malam yang sejuk ni?

Menggeletar kaki saya tahan sejuk.. haha.. saya seronok dapat main malam ni. Terima Kasih banyak-banyak pada abang Dalglish sebab bagi saya peluang bermain. Awak nampak saya main tadi? hebat kan saya?

Awak rasa selepas ni awak takkan cedera lagi?

Saya cuba untuk taknak cedera, sebab tu saya buat-buat cedera.. kadang-kadang luka sikit je tapi saya buat-buat macam cedera parah. Tapi saya janji, lepas ni saya main betul-betul. Bini saya kat rumah tu pun dah bising dah sebab saya dah lama tak main. Dia kata kalau saya tak main lagi lepas ni, dia nak kawin lari dengan maxi rodriguez.

Awak kecewa dengan prestasi awak musim ni?

Eh.. takdela.. saya rasa macam biasa je.. biasala.. kalau dah cedera... nak main macam mana kan? tapi saya seronok sangat bila Dalglish jadi pengurus. Tiap-tiap malam saya doa supaya saya dapat main dalam kesebelasan utama.

Apa matlamat awak selepas ni?

Ape la ko ni.. soalan lebih kurang je.. matlamat aku mesti la nak menang.. ko bleh tak tanye soalan interesting sikit.. aritu kat Torres bukan main lagi macam-macam soalan ko tanye.. abis reporter animal planet pun datang..

Abang Joe.. abang panggil saya ek? Saya reporter dari animal planet.. nak tanya soalan.. Dalam team M.U, sape yang abang rasa ade rupa katak pisang?

Kalau ditengok dari sudut pandang pertama.. abang rasa.. NANI ade rupa katak pisang..

6 comments:

  1. bro...mcm syial la lu punye posting nih...wa gelak terbahak2 beb!!hahaha...anyway...nice blog!!!

    ReplyDelete
  2. yg pasti ade post baru, cnfrm datang sbb terpampang da .:: real reds ::. pd blog... hohohho...

    ReplyDelete
  3. nani.. katak pisang... terbaik... hehehe

    ReplyDelete