Wednesday, August 20, 2014

Mata saya pedas - Cazorla



Santi Cazorla adalah mangsa pertama semburan buih untuk garisan, muka pemain tengah Arsenal itu dipenuhi dengan buih-buih cinta selepas pengadil Jon Moss menyembur buih-buih tersebut keudara dan disambut Cazorla sementara menunggu untuk mengambil sepakan percuma menentang Crystal Palace.

Semburan buih-buih cinta ini telah dgunakan di seluruh Eropah selepas penggunaannya dianggap berjaya di Piala Dunia Brazil baru-baru ini, penonton bersorak bagai naik gila bila melihat Cazorla terkebil-kebil mengelap mata yang pedih akibat tempias buih-buih yang memasuki matanya.

Nasib baik pengadil Si Moss tak kena terajang, Cazorla merasakan ianya bibit-bibit cinta Moss pada dirinya, penonton pula merasa lucu dengan kejadian di Emirates apabila buih tersebut disemburkan ke muka Cazorla pada minit ke-41 pada petang Sabtu lalu.

Semburan buih-buih cinta ini telah digunakan buat kali pertama dalam bola sepak Inggeris pada perlawanan Komuniti Shield diantara Arsenal dan Manchester City di Wembley pada 10 Ogos lalu.
Semburan ini digunakan oleh pengadil untuk menandakan garis untuk pemain berdiri semasa sepakan percuma diambil. Buih ini akan hilang selepas beberapa minit dan pemain akan gembira dengan keadaan padang yang akan menjadi wangi.

Ia digunakan dalam Liga Perdana untuk musim baru selepas kejayaan di Piala Dunia Brazil.
Setiausaha Agung FA, Alex Horne berkata: 'Semburan buih-buih cinta ini merupakan inovasi besar pada Piala Dunia 2014, yang telah diuji di Amerika Selatan, dan FA memainkan peranan penting dalam membolehkan ianya digunakan dalam undang-undang permainan pada 2012 melalui peranan kita dalam Lembaga Antarabangsa  FA, apa benda aku cakap pun aku tak tau '


No comments:

Post a Comment