Sunday, August 10, 2014

Coutinho memang MAGIKAL WORLD OF DISNEYY!!


Baru semalam, gergasi bola german di beri peluang menghadap pasukan terulung England Liverpool sambil Coutinho diberi tugas menjahanamkan barisan dari german itu iaitu  kelab Borussia Dortmund.
Countinho nampak hebat dengan membantu Daniel Sturridge untuk gol pertama dan selepas itu si Coutinho sendiri menjaringkan gol ketiga untuk The Reds. Coutinho juga adalah tulang belakang untuk gol keempat Liverpool yang dijaringkan abang Hendo kita.
Pemain berusia 22 tahun itu menerima tepukan berdiri dari orang ramai apabila ia digantikan.
"Berbakat betul budak tu, pandai betul dia main bola" kata Brendan Rodgers dalam persidangan selepas perlawanan tersebut.
"Dia budak magikal world of disney. Keupayaannya untuk keluar dari situasi yang ketat dan pandangannya terhadap permainan sangat luar biasa, memang budak ajaib.
"Kedudukan yang terbaik adalah bila kita bermain antara garisan, beliau tidak dapat dikawal pemain lawan, sekejap ke belakang, sekejap ke tengah, dia tarik keluar pemain pertahanan, dan hantaran beliau adalah luar biasa, MAGIKAL WORLD OF DISNEYY!!.
"Beliau sangat luar biasa, dan apa yang dia lakukan pada permainan adalah dengan tidak henti-henti menekan. Dia sangat kuat semasa ditekan pemain lawan, dan meletakkan tekanan kepada pemain lawan apabila beliau tidak mendapat bola."
Rodgers yakin Coutinho akan meningkatkan kecemerlangan dalam Liga Juara-Juara dan di peringkat antarabangsa.
"Dia datang ke negara ini dan liga ini, dan menyerikan liga dan kelab ini dengan kualiti beliau" kata bos The Reds itu.
"Saya berfikir bahawa walaupun di peringkat tertinggi, beliau tetap akan menunjukkan kualiti yang besar. Saya dapat rasa dia akan menjadi kuasa besar bola sepak dalam empat atau lima tahun akan datang, untuk Brazil dan Liverpool, MAGIKAL WORLD OF DISNEYY!!.
"Dia seorang pengendali yang luar biasa, anda akan taksub hanya dengan menonton dia bermain di atas padang, bermain galah panjang, baling selipar pun power. Kami amat gembira dia ada di sini."
Persembahan cemerlang Coutinho telah ditambah serinya dengan kehadiran Raheem Sterling. Mereka berdua digabungkan dengan berkesan dan mudah. Rodgers juga turut mengagumi pemain dari England itu.
"Dia seorang pemain yang luar biasa, yang boleh bawa bola kemana saja dia hendak pergi, ke atas, bawah, kutub selatan, gerik, pasar payang.. semuanya" kata Rodgers tentang Sterling.
"Orang ingat saiz dia kecik, tapi mereka tak tau dia sebenarnya kuat. Cara dia bermain harini menunjukkan dia benar-benar bersedia mengorak langkah menuju kejayaan.. yeehaa!!, ops maaf, gila sekejap.
"Dengan kelajuan yang dia ada, digabungkan pula dengan kepala hotak berjambul dia yang bijak, dia baru 19 tahun, adik-adik lagi dan dia masih belajar tapi dia dah ada masa depan yang sangat cerah.."

No comments:

Post a Comment