Wednesday, August 13, 2014

Memang asyikkkk - Dejan Lovren



Dejan Lovren, seorang pemain Liverpool. Macamana bunyinya? Ok?
Sedap betul bunyi tu, Dejan Lovren dan Liverpool, hurm.. macam aur dengan tebing..Macam mimpi je rasanya.. mimpi aur dengan tebing.. tapi apa-apa pun aku rasa tak sabar pulan nak start main bola untuk Liverpool.
Apa yang awak rasa nak tunjukkan bila bermain untuk Liverpool?
Aku tak sabar nak berada dekat Anfield ni, aku dah main kat sini season lepas, bila dengar peminat nyanyi lagi ‘You’ll Never Walk Alone’ tu aku rasa fuh.. asyik.. Itu sebenarnya yang buatkan rasa special bila jadi pemain Liverpool, jadi peminat Liverpool. Tak sabar ni nak main.. bagi aku main 5 minit kejap boleh?
Kejap lagi Encik Lovren boleh main puas-puas dengan budak-budak under twenty one, sekarang saya nak tanya soalan lain, awak tau apa pasal kelab ni dan sejarah Liverpool?
Apa punya soalan kau bagi ni, semua orang tahu kelab ni ade berjuta-juta peminat, Liverpool ni lebih dari kelab, boleh tak kau bagi soalan sedap sikit aku nak jawab.
Ok, ni soalan sedap, awak habiskan satu musim dengan Southampton, apa anda rasa masa bermain di St Mary?
Tu satu musim je, pendek sangat rasanya tapi kami rasa seronok dengan kawan-kawan semua. Seronok main bola kat St Mary, tu kali pertama aku main bola dekat England dan aku rasa bangga dapat main dengan Southampton. Aku akan simpan memori-memori sepanjang aku ada kat sana.
Bila awak jumpa dengan rakan sepasukan kat sini, akan ada muka-muka yang awak kenal macam Rickie Lambert dan Adam Lallana, awak rasa seronok tak?
Mestilah seronok dik oii, tapi aku seronok bukanlah sebab Si Rickie atau si Lallana tu je, aku pun rasa tak sabar jugak nak jumpa kawan-kawan sepasukan lain. Semua hebat-hebat belaka. Aku kenal Rickie dengan Lallana sejak musim lepas, diorang pemain-pemain hebat, memang layak ada kat sini.
Apa awak rasa Rickie akan sumbangkan untuk Liverpool?
Brother tu banyak pengalaman dia, banyak dah game dia main dalam Premier League ni. Rickie dah banyak jaringkan gol-gol penting musim lepas, banyak aku belajar dari dia, dia macam ketua kami kat sana.
Lallana pulak? Apa yang awak boleh terangkan pasal dia?
Aku dah kata tadi.. dari tadi aku dah cakap aku seronok main dengan Lallana musim lepas, memang menakjubkan dia tu. Dia pemain utama kami, dia main semua game. Macam Rickie jugaklah, dia pun seorang ketua yang bagus walaupun baru 26 tahun. Sekarang mimpi dah jadi kenyataan dan kami dapat peluang main bersama lagi musim ni.
Awak jaringkan dua gol je untuk Southampton, salah satunya masa kemenangan menentang Liverpool kat Anfield musim lepas, apa awak rasa?
Memang hebat, aku rasa saat tu memang indah sebab sebelum dengan lepas game tu aku rasa sesuatu yang hebat kat stadium ni. Aku takkan lupa kemenangan yang kami capai tambah-tambah aku pulak tu yang score. Lepas game tu, aku kata kat diri sendiri “Satu hari nanti aku harap aku dapat main kat sini bersama Liverpool”.

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete