Monday, August 18, 2014

Kita kena masuk tadika balik, belajar dari awal - Van Gaal


Louis Van Gaal mengerahkan pemain-pemain Manchester United supaya masuk tadika balik, belajar rajin-rajin, masuk sekolah menengah main bola wakil sekolah, dah menang satu game lawan sekolah menengah Parit Sulong baru boleh join EPL balik. 
Kata-kata tersebut keluar lepas Manchester United kalah dengan Swansea City masa perlawanan pertama mereka sabtu lepas.

Kempen baru The Reds bermula dengan buruk apabila Swansea City memperoleh kemenangan 2-1 dan kemunculan pertama Jesse Lingard berakhir dengan kecederaan. Van Gaal menggunakan formasi 3-5-2  dan ditukar ke formasi 4-4-1-1 pada separuh masa kedua dan Wayne Rooney menyamakan kedudukan dengan sepakan pusing ala-ala kuih pusing tetapi United tetap kalah, kini mereka akan cuba mendapatkan mata apabila berdepan Sunderland Ahad depan. 

"Kita belum sampai ke tahap kita lagi, sebenarnya kita power sangat tapi harini kita main serupa keldai, tapi keldai yang power" Van Gaal memberitahu kami semasa temuramah haritu. "Perkara utama adalah bermain sebagai satu pasukan, kami tidak bermain sebagai satu pasukan, kami main macam monyet. Walau bagaimanapun, kita mempunyai peluang untuk memenangi permainan ini, ada peluang tapi tak menang. Kami telah memberikan banyak ruang pada separuh kedua. Kami bermain dengan lebih bagus. Kita berjaya jaringkan satu gol daripada dua peluang pada separuh masa kedua, kan bagus tu, peluang pun banyak, dua peluang.. banyak kan?

"Ia sesuatu yang mengecewakan bagi peminat. Mereka beri harapan tinggi lepas tengok kita menang banyak masa perlawanan pra-musim. Kemudian kita kalah pulak perlawanan pertama. Memang kecewalah peminat,pemain pun kecewa jugak, saya pun kecewa jugak, semua orang kecewa. Ia hari yang buruk untuk kita, untuk Man Utd dan untuk monyet-monyet sedunia. 

"Kami membuat tips baru untuk anda semua dan anda perlu belajar daripada tips ini. Kami bukan juara sekarang. Swansea pun bukan juara walaupun mereka dah berjaya kalahkan kami. Pada akhir musim ini baru mereka tahu kita adalah bakal juara dan mereka pasti menyesal, monyet-monyet pun akan gembira"

Van Gaal akan bercakap dengan pemain-pemainnya tentang prestasi hambar dan akan tegaskan yang perubahan formasi tak semestinya akan beri kemenangan. “Jangan berharap sangat kalau aku tukar formasi je mesti menang, korang ingat aku Harry Potter ke asyik nak buat magis je.. bangang punya team..” kata Van Gaal mengakhiri temubual.

1 comment: