Monday, February 21, 2011

Huruf S untuk Suarez dan Superman.


"Saya tak sama dengan Torres".. itulah ayat yang terkeluar dari mulut penyerang baru Liverpool iaitu Suarez bila ditanya apakah persamaan beliau dengan Torres. "Saya respek Torres.. tapi kami tak sama.. rambut die blonde.. rambut saya itam.. itam itu keunggulan". Suarez yang ditemui selepas sesi bertemu penyokong-penyokong Ajax sebagai ucapan selamat tinggal amat berharap perpindahan beliau ke Liverpool akan membawa satu anjakan baru untuk beliau. "Nama saya dah cukup menggambarkan yang saya tak sama dengan Torres, huruf S adalah sesuatu yang special.. Superman, Suparman, Spiderman, Batmans, Sumo-lah.. semua ada huruf S". Tambah beliau lagi "Hanya sang hero mempunyai nama berhuruf S, lihat je Meireles, Dalglish, Gerrards.. semua ada huruf S.. Torre mana ada huruf S.. Saya dapat tahu nama die sebenarnye Fernando Torre.. die tambah huruf S untuk nampak hero macam saya dan hero-hero lain".

Sementara itu, Suarez yang pastinya sebak semasa kehadirannya dihadapan penyokong-penyokong Ajax amat berharap penyokong Ajax merelakan pemergiannya ke Liverpool. Penyokong Ajax menyambut baik pemergiannya ke Liverpool dan kain rentang dari penyokong-penyokong Ajax sendiri menunjukkan yang mereka sangat sayangkan Suarez. "Saya tak akan kutuk kelab yang saya pernah main, Ajax sebuah kelab yang saya sayang". Ditanya lagi samada kehadiran beliau ke Liverpool akan membawa Liverpool ke mercu kejayaan, beliau menjawab "Mercu kejayaan?? Dah macam slogan sekolah la pulak ko ni.. Saya akan bantu apa yang patut, pasukan Liverpool semakin baik dan kami telah kembali ke Liverpool sebenar". "Saya tak sabar nak main dengan Carroll, saya tak pernah main dengan orang tinggi-tinggi macam dia.. saya tengok dia macam Barbarian.. kalau die bleh bawak kapak dengan pedang masuk dalam padang mesti lagi nampak gagah.. Saya harap ketinggian Carroll nanti dapat buat pemain pertahanan lawan tak nampak saya yang kecik ni.. so saya bleh nyorok-nyorok dan dapat jaringkan gol"

3 comments: